Ketika Rasulullah S.A.W memanggil kaum Muslimin yang mampu berperang untuk terjun ke gelanggang perang Badar, terjadi dialog menarik antara Saad bin Khaitsamah dengan ayahnya yakni Khaitsamah. Dalam masa-masa itu panggilan seperti itu tidak terlalu mengherankan. Kaum Muslimin sudah tidak merasa asing bila dipanggil untuk membela agama Allah dan jihad fisabilillah. Sebab itu Khaitsamah berkata kepada anaknya, "Wahai anakku, aku akan keluar untuk berperang dan kau tinggal di rumah menjaga wanita dan anak-anak."
"Wahai ayahku, demi Allah
janganlah berbuat seperti itu, kerana keinginanku untuk memerangi mereka lebih
besar daripada keinginanmu. Engkau telah berkepentingan untuk tinggal di rumah,
maka izinkanlah aku keluar dan tinggallah engkau di sini, wahai ayahku."
Khaitsamah marah dan berkata kepada
anaknya, "Kau membangkang dan tidak mentaati perintahku."
Saad menjawab, "Allah mewajibkan
aku berjihad dan Rasulullah memanggilku untuk berangkat berperang. Sedangkan
engkau meminta sesuatu yang lain padaku, sehingga bagaimana engkau rela melihat
aku taat padamu tetapi aku menentang Allah dan Rasulullah."
Maka Khaitsamah berkata, "Wahai
anakku, apabila di antara kita harus ada yang berangkat satu orang baik kau
mahupun aku, maka dahulukan aku untuk berangkat."
Saad menjawab, " Demi Allah wahai
ayahku, kalau bukan masalah syurga, maka aku akan mendahulukanmu."
Khaitsamah tidak rela kecuali melalui
undian antara dia dan anaknya sehingga terasa lebih adil. Hasil undian
menunjukkan bahawa Saadlah yang harus turun ke medan perang. Dia pun turun ke
medan Badar dan mati syahid.
Setelah itu Khaitsamah berangkat
menuju medan pertempuran. Tetapi Rasulullah tidak mengizinkannya. Hanya sahaja
Rasulullah akhirnya mengizinkannya setelah Khaitsamah berkata sambil menangis,
" Wahai Rasulullah, aku sekali terjun dalam perang Badar. Lantaran
inginnya aku harus mengadakan undian dengan anakku. Tetapi itu dimenangkannya
sehingga dia yang mendapat mati syahid. Kemarin aku bermimpi di mana di
dalamnya anakku itu berkata kepadaku, "Engkau harus menemani kami di
syurga, dan aku telah menerima janji Allah. Wahai Rasulullah, demi Allah aku
rindu untuk menemaninya di syurga. Usiaku telah lanjut dan aku ingin berjumpa
dengan Tuhanku."
Setelah diizinkan Rasulullah,
Khaitsamah bertempur hingga mati syahid dan berjumpa dengan anaknya di syurga.
http://youtu.be/DJwr01MZ6Zs
Baca Juga:
Baca Juga:
Tidak ada komentar:
Posting Komentar