Ada seorang
perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak
mahu mengerjakan kewajiban agama dan tidak mahu berbuat kebaikan.
Perempuan itu senantiasa membaca
Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan
sesuatu senantiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap
isterinya dan senantiasa memperolok-olokkan isterinya.
Isterinya tidak berkata apa-apa
sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada
suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat
kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu."
Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan
isterinya, dia memberikan uang yang banyak kepada isterinya dengan berkata,
"Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di
tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan
oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit
tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.
Setelah beberapa hari kemudian
suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku uang yang
aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan."
Kemudian isterinya pergi ke tempat dia
menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia
menghampiri tempat dia menyimpan duit itu, dia membuka dengan membaca,
"Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar
malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu
kepada suaminya kembali.
Alangkah terperanjat suaminya, dia
merasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu
juga dia bertaubat dan mulai mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca
Bismillah apabila dia hendak memulakan suatu pekerjaan.
**alloh memang maha pemurah dan
menolong kepada hambanya yang selalu taat kepadanya..**
Sedikit kisah ini Semoga bermanfaat
untuk kita semua, semoga kita senantiasa tetap di jalan yang di ridloi alloh. amiin….
Tidak ada komentar:
Posting Komentar